Tuesday, 11 July 2017
Sunday, 9 July 2017
Kisah gadis seksi terselamat dalam kebakaran ketika menyelamatkan Al-Qur'an
Malam seolah-olah memarahi diri Tasya. Hati Tasya direbuk. Sakit hati yang terlampau. Seolah-olah mahu membunuh diri. Tasya meruang diri di Kelab Malam. Namun, keriangan masih belum wujud di wajahnya. Zakir yang seronok menari bersama-sama teman-temannya melihat Tasya kemurungan. Zakir lantas mendekatinya.
“Sudah-sudahlah fikirkan dia lagi. Buat apa? Jangan biarkan hati kau bertambah sakit. Lebih baik lupakan dia,” kata Zakir menasihati Tasya.
“Bukan senang untuk aku lupakan dia, Zakir. Janji-janji dia tidak akan aku lupakan. Dia harus kotakan janji itu. Aku sangat mencintainya,” Tasya sudah puas menahan air matanya. Namun, Tasya tewas. Air matanya laju mengalir.
“Dia bukan lagi Rizal yang dulu. Dia sudah lain. Dia sudah berubah. Dia sudah warak. Dia tidak akan memilih kau jadi isterinya. Sudah tentu, dia memilih wanita yang ayu dan bertudung penuh. Kau dengarlah nasihat aku. Lupakan dia. Aku akan sentiasa berada di samping kau jika kau perlu. Marilah kita berseronok di sini,” ajak Zakir.
Tasya mengelap air matanya. Zakir memegang tangan Tasya. Tasya melepaskannya lalu beredar menuju ke bilik air.
*
Rizal baru selesai menunaikan solat maghrib. Sejak Datuk Sulaiman keluar outstation, dia jarang menunaikan solat berjemaah bersama-sama. Selepas selesai solat, Rizal membaca ayat suci Al-Quran. Walaupun kurang memahami istilah dalam ayat tersebut, Rizal dapat merasakan ketenangan ketika membacanya. Beberapa minit kemudian, azan Isyak bakal berkumandang. Rizal berhenti membaca Al-Qur’an. Sebelum dia menunaikan solat Isyak, hatinya tiba-tiba gelisah. Seperti ada sesuatu yang akan berlaku. Perasaan kurang enak semakin menakutinya.
“Astaghfirulahalazim, Kau tenangkanlah diriku ini. Jauhkan perasaan ini semata-mata untuk menuruti perintah-Mu. Amin,” Rizal berniat dalam hati. Dia membaca doa Iftitah dan bertawakuf sebelum menunaikan solat Isyak.
*
“Kau bawa aku tempat mana, ni?” Tanya Tasya apabila melihat sebuah tempat yang belum dikunjungi olehnya. Zakir keluar dari kereta. Kelihatan beberapa wanita lain termasuk beberapa orang lelaki berada di beranda rumah itu. Rumah yang berwajah kampung dikelilingi semak-samun yang jauh dari pinggir kota. Tasya ketakutan. Zakir mendiamkan diri. Tasya dibawa masuk ke dalam rumah tersebut. Kelihatan sekumpulan sedang duduk bermain beberapa kad. Lampu tidak digunakan langsung. Hanya lilin-lilin yang menyala menyinari kawasan rumah tersebut. Tiada nyamuk yang menari-nari di kawasan itu.
“Eh, Zakir datanglah. Bro, nak join main sekali ker?” kata salah seorang daripada mereka. Zakir hanya mengangguk kepalanya. Tasya dibiarkan begitu sahaja. Kesedihan Tasya mulai hilang.
“Duit aku banyak habis ni! Pasti ada bersubahat ni!”
“Mana ada! Mengaku kalah je. Tidak reti nak main. Buat cara tak reti. Jangan nak berlagak tak tahu pasal!”
“Aku dah kalah banyak kali. Selalu kau yang menang. Kau ada bela hantu ka?”
“Eh, kau cakap baik-baik sikit. Jangan tangan aku ni menghadap ke kepala kau!”
“Berani! Pukullah!”
Bermulalah tragedi pergaduhan mereka. Sekumpulan wanita menjadi gelabah. Tasya kaget. Mereka tidak tahu bagaimana mahu menghentikan pergelutan itu. Dengan keadaan tidak sengaja, lilin jatuh ke sebuah kain langsir lalu, api itu merebak ke bahagian bumbung. Keadaan bertambah panik. Pergaduhan mereka serta-merta berhenti dengan sendirinya. Tasya lari menyelamatkan diri. Zakir mencari Tasya. Beberapa minit kemudian, kereta polis muncul dengan tiba-tiba. Tasya berhenti. Sesat. Api besar menghalang perjalanan Tasya. Zakir berusaha mencari Tasya. Rakan Zakir menghalang.
“Bro, polis datang! Marilah kita lari dari sini,”
“Tapi, aku kena cari Tasya. Aku yang membawa dia ke sini!”
“Sudahlah! Selamatkan diri kita dahulu,” Rakan Zakir memegang tangan Zakir untuk keluar dari rumah tersebut. Api bertambah marak. Api semakin menjilat semua sisa-sia kulit rumah tersebut.
“Tolong! Tolong selamatkan saya! Tolong!” Tasya ketakutan. Keadaan sekelilingnya dibaluti dengan api yang sangat besar. Udara semakin menyekat pernafasan Tasya. Tasya semakin kelemasan.
“Tolong!”
“Tollongg!!”
Habis suara Tasya menjerit nyaring. Tiada siapa yang dengar. Tidak lama kemudian, air mata Tasya terus mengalir. Dia seperti trauma. Dia seperti ketakutan akan kematian. Api semakin menjilat kesemua perabot di dalam rumah tersebut. Tasya melihat aliran api yang menjilat begitu pantas. Mata Tasya cepat tertangkap kepada sebuah buku tebal yang dianggap suci.
“Allahuakhbar! Al-Qur’an!”
Dalam keadaan tidak berwuduk, dan berpakain tidak cukup benang, Tasya menyentuh kitab suci tersebut. Tasya memeluk kitab itu. Tiba-tiba, ada hembusan yang menyebabkan dirinya berasa amat sejuk sekali. Dia teringat sesuatu. Sesuatu yang belum pernah dia amalkan sebelum ini. Imbasan sejak dua puluh enam terdahulu membuatkan Tasya terduduk. Tangannya tidak lepas daripada memegang kitab suci Al-Qur’an tersebut.
Imbas Kembali......
“Juara untuk pertandingan menghafaz bacaan Al-Qur’an peringkat zon daerah Sri Petaling ialah Adik Nur’Natasya Bin Shamsudin!” jeritan pengacara semakin nyaring. Orang ramai di dalam dewan memberi sorotan. Tasya yang masih berumur sembilan tahun berdiri dan menuju ke pentas untuk mengambil hadiah dan piala. Tasya yang berpakaian kemas, bertudung penuh, dan ayu mengucap terima kasih kepada para juri yang menilainya untuk bacaan Al-Qur’an sebentar tadi.
“Tahniah, Tasya! Saya kagum dengan awak,” kata Afiq, rakannya yang telah mengambil hadiah. Dia telah dinobatkan sebagai naib johan.
“Alhamdulillah. Ini semua berkat usaha kita semua bersama mengekalkan dan mengamalkan sikap membaca Al-Qur’an sebagai amalan utama dalam kehidupan kita seharian,” jelas Tasya. Afiq membalas dengan senyuman.
*
Tasya sempat beristighfar berulang-kali. Tasya berasa menyesal perbuatannya dahulu. Tasya telah mensia-siakan peluang untuk membaca Al-Quran. Apatah lagi, menghafazkannya.
“Ya Allah, Kau ampunilah dosa aku. Aku telah jahil. Aku telah langgar perintah-Mu. Ampunilah hamba-Mu ini yang sangat lemah. Allah..,” Tasya menangis keinsafa. Tasya terus memeluk erat kitab suci. Tasya sudah berjaya menyelamatkan kitab suci tersebut daripada dijilat oleh api. Tidak lama kemudian, Lantai yang Tasya berdiri seperti mahu terhempas. Api marak semakin mendekatinya. Benda misteri jatuh tumbang menghampirinya. Tasya menjerit ketakutan. Air matanya tidak putus membanjiri tanah pipinya. Penyesalan yang begitu singkat. Lantai itu terkopak sendiri.
“Aarghh!!!” Tasya menjerit sekuat hati. Maut semakin menghampirinya. Pandangan Tasya gelap gelita.
*
Natasha, kanak-kanak perempuan yang berumur sembilan, petah menghafaz bacaan Al-Qur’an semakin dikagumi oleh semua guru-guru di sekolahnya. Dia yang menjadi wakil sekolah telah menjadi johan dalam Pertandingan Menghafaz Bacaa Al-Qur’an Peringkat Negeri. Natasha telah mengharumkan nama sekolahnya.
“Syabas. Natasha. Saya harap prestasi kamu terus berkekalan sepanjang hayat,” ucap guru besar sekolah itu kepadanya. Natasha hanya mampu tersenyum. Pingat yang berada di tangannya digengam erat. Sijil Johan disimpan sebagai bukti kebolehannya menghafaz bacaan Al-Qur’an.
“Tahniah, Tasya. Ibu kagum melihat anak ibu berjaya menghafaz Al-Qur’an. Ibu harap Tasya terus kekal dan jangan melakukannya hanya kerana pertandingan,” kata ibu Natasya sambil menguncup dahi Natasha.
“Tasya ingat, ibu. Tasya berjanji akan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian dan sampai bila-bila,” Natasha tersenyum memandang ibunya.
“IBUU!!”
Mata Tasya terbuka luas. Mulutnya ditutup mesin pernafasan wad hospital. Kepalanya dibalut. Lehernya juga dibalut panjang. Kedua-dua tangannya masih berdarah walaupun sudah berbalut. Bunyi mesin pernafasan sentiasa bunyi. Tasya berbaring lesu di wad hospital. Matanya kabur. Tasya mengalami ketakutan. Dia baru mengimbas zaman kecilnya dahulu yang memenangi johan menghafaz bacaan Al-Qur’an. Tasya melihat sekeliling. Dia baru teringat bahawa dia telah terperangkap dalam kebakaran rumah.
Serta-merta,air mata Tasya berjurai membasahi pipi. Dia masih tertanya-tanya. Bagaimana dia boleh terselamat dalam kebakaran tersebut padahal semua keadaan sekelilingnya habis dijilat oleh api?
“Allahuakhbar! Allah Maha Besar. Sesunggguhnya Kau telah merancang semua ini? Kenapa aku terselamat? Sepatutnya aku mati hangus dibakar oleh api tersebut? Siapa yang selamatkan aku? Siapa? Ya Allah, aku inginkan kebenaran,” hati Tasya berdolah-dalih. Tasya yang sebelum ini, berkelakuan gadis yang tiada akhlak, berpakaian yang mendedahkan aurat atau berimej seksi terasa tersentuh.
Tidak lama kemudian, doktor wanita datang menghampirinya. Dia melihat tahap fizikal pesakit.
“Dookk..,”
“Puan tidak boleh banyak bercakap. Kena rehat secukupnya, ya!” kata doktor itu.
*
Tasya membuka mata perlahan-lahan. Penglihatannya kabur. Dia seolah-olah bangun dalam keadaan keletihan. Dia mendengar seseorang membaca Al-Qur’an. Penglihatan jelas semula. Kelihatan seorang gadis berhijab menutup mulutnya memandang Tasya.
“Awak siapa?”
“Saya Aisyah. Saya dan orang-orang saya telah menyelamatkan awak dari kebakaran tempoh hari,” jelas gadis berhijab bernama Aisyah.
“Bagaimana awak selamatkan saya? Dengan cara apakah awak selamatkan saya?,” sebutan Tasya semakin jelas. Keinginan Tasya untuk mengetahui perkara yang sebenar. Dia teringat sewaktu kebakaran, ada sesuatu yang menghempap dirinya sehingga lantai terkopak dan jatuh dalam lautan api yang marak.
Imbas Kembali...
Dua bas pasukan bomba datang di rumah yang tersembunyi di dalam hutan. Api yang marak menjilat semua kulit rumah sehingga sisa-sisa di dalam rumah tersebut menjadi hitam dan hancur. Tiada lagi rupa bentuk pada yang asal. Pihak polis berusaha memberkas penjudi-penjudi yang berjaya melarikan diri dari sarang kejadian.
Pasukan bomba pula berusaha memadamkan kebakaran. Kegagahan api semakin tenggelam. Air semakin menutupi kemerahan api yang berani menunjukkan taringnya. Dalam perkarangan sisa-sisa hitam dalam perumahan, kelihatan guni kasar yang besar dan tidak dimakan oleh api berada di sebalik longgokan barangan hitam yang hangus dibakar. Salah seorang pasukan bomba mendekati guni tersebut.
“Tuan, ada satu barang yang tidak dimakan oleh api!” pesannya.
“Biarkan. Biar pihak polis memeriksa tempat ini semula!” jawab ketua pasukan tersebut.
*
“Kenapa berat sangat guni ini?” kata Shahrul
“Berat?!” Alif cuba mendekati guni itu lalu membukanya.
“Allahuakhbar! Ada orang di dalamnya!”
“Apa?”
*
“Menurut abang saya yang bekerja polis itu mendakwa awak mengalami kecederaan parah akibat hempapan yang kuat, namun awak tidak mempunyai kesan kebakaran. Mungkin guni kasar itu melindungi awak daripada dijilat oleh api itu,” kata Aisyah yang menceritakan perkara yang sebenar.
“Subhanallah. Allahuahbar,” Tasya mendengar cerita itu kaget. Air matanya mengalir deras. Kejadian yang hampir meragut nyawa sememangnya sesuatu yang jarang berlaku.
“Sepatutnya saya sudah mati dalam rumah itu tetapi....,” ungkapan Tasya terbantut.
“Allah telah beri peluang kedua untuk puan terus hidup. Sebagai hamba, memang wajarlah kita bersyukur kepada-Nya,” kata Aisyah lalu menyerahkan kitab Al-Qur’an kepada Tasya.
“Dalam kejadian kebakaran, saya lihat puan memeluk kitab suci ini,”
Tasya melihat kitab itu. Sudah banyak air mata yang ia tangisi.
“Masya-Allah. Maha suci Allah, adakah kerana kitab ini, Kau telah menyelamatkan aku dari kebakaran?” bisik hati Tasya.
“Saya tidak layak memegang, menyentuh, mahupun membaca kitab suci itu. Saya jahil. Saya bukan seperti perempuan muslim yang lain. Saya tidak layak! Saya tidak layak!” Tasya menafikannya. Aisyah lantas memegang tangan Tasya.
“Allah suka jika hamba-Nya bertaubat dan memohon ampun. Sesungguhnya, Allah maha pengampun, lagi maha penyanyang. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk puan. Banyaklah bersyukur kepada Allah. Sesungguhnya, taubat atau pengampunan yang tidak diterima oleh Allah saat hamba-Nya menghampiri ajal. Perkara ini telah dijelaskan dalam Surah An-Nisa, ayat lapan belas,” Aisyah menjelaskan kepada Tasya.
Pipi Tasya basah. Penyesalan yang begitu memeritkan. Dia lantas memeluk kitab suci Al-Qur’an tersebut.
“Allahuakhbar. Terima kasih, ya Allah.......,”
*
Awan kelihatan mendung. Daun kelapa turut menari mengikat hembusan angin. Bumbung rumakampung ada yang tertanggal. Tumbuh-tumbuhan liar panjang menjalar memeluk sekeliling dinding kampung itu. Pokok misteri tumbuh besar tinggi di ruang tamu kampung sehingga tertimbus dinding dan bumbung rumah kampung itu. Orang kampung yang berada di sekelilingnya takut mendekati kampung berhantu itu. Sudah beberapa tahun lamanya, penghuni rumah kampung itu tinggal begitu sahaja. Sebuah teksi berhenti di depan rumah kampung itu. Dari pandangan jauh, pemandu teksi berasa khuatir dan was-was.
“Sudah sampai puan. Biar betul, puan tinggal di rumah ini. Macam seram pula,” kata pemandu teksi itu.
“Sudah terlalu lama saya tinggalkan rumah ini, ini duit tambangnya,” kata Tasya.
“Terima kasih puan. Saya ambil bagasi puan, ya?” tanya pemandu teksi itu.
“Tidak perlu. Saya boleh melakukannya sendiri. Terima kasih,” jawab Tasya.
Selepas pemandu teksi itu hilang dari pandangan, dia merenung rumah kampung itu. Tiada sedikit ketakutan dalam diri Tasya. Malah, dia semakin serba salah tidak menjenguk rumah itu sejak keberadaan arwah ibunya dahulu. Tasya yang berpenampilan muslimah berasa kesal dan insaf atas perbuatannya dahulu. Tiba-tiba, matanya memandang seorang warga tua berjalan kaki untuk ke sawah atau menjaga lembu-lembu peliharaannya yang tidak jauh dari sini.
“Assalamualaikum, Mak Jah,”
“Waalaikumusalam,”
Tasya menghulur tangan bersalaman mesra dengan Mak Jah.
“Anak ini dari mana? Siapa nama? Nak cari siapa?”
“Mak Jah tak kenal saya? Ini saya, Tasya. Natasha anak Mak Leleh,” Tasya memperkenalkan dirinya. Mak Jah kaget. Dia mengosokkan matanya.
“Tasya, anak si Leleh?! Lain benar muka kamu. Pakaian kamu dah lain. Tahu juga jalan untuk ke kampung. Ingatkan sudah lupa? Mak Jah jalan dulu. Lombu Mak Jah tak makan-makan lagi,” nada suara Mak Jah bertukar menjadi kasar. Perasaan Tasya mula tersinggung. Hatinya semakin terguris. Tasya lantas masuk ke dalam rumah kampungnya itu.
*
Pintu lusuh dibuka perlahan-lahan. Dinding yang diperbuat daripada kayu kelihatan berlubang-lubang. Dimakan anai-anai. Sarang labah-labah meluaskan kawasan jajahannya di kediaman ruang tamu mahupun beranda. Bumbung tengah rumah berlubang. Pokok misteri tumbuh subur di tengah ruang tamu. Di dalam rumah itu, bagaikan berada di dalam hutan. Bunyi cangkerik berdesing di kawasan tumbuhan liar di dalam rumah tersebut.
“Ya Allah, ya tuhanku. Inikah rumahku?” Tasya melepaskan bagasinya ke lantai. Fikirannya kusut. Bagaimana dia hendak tinggal di rumah ini? Seakan-akan berkhemah di dalam hutan. Beberapa minit kemudian, terdengar suara azan Zohor berkumandang di masjid yang tidak jauh dari rumahnya. Tasya beristighfar. Dia cuba menghilangkan anasir jahat yang berkeliaran di mindanya. Dia lantas berwudhuk. Dia mengunakan air botol yang dibawanya untuk mengambil wudhuk. Air di rumahyna tiada. Di dalam perigi juga tiada. Selepas itu, Tasya menghambakan diri kepada Allah SWT. Tasya bertawakuf. Seusai solat fardhu zohor, Tasya berzikir dan memuji kebesaran nama-nama Allah SWT. Seringkali air matanya mengalir atas keinsafan dirinya sendiri. Matanya terkaku memandang sebuah kitab Al-Qur’an yang berhabuk dan lusuh di atas meja. Tasya yang bertelengkung mengambil kitan itu. Al-Qur’an itu kelihatan buruk. Ada beberapa halaman yang telah digigit anai-anai, ada halaman yang potongan ayat Al-Qur’an semakin pudar untuk membacanya. Ada sekeping surat yang terselit di dalam kitab tersebut. Tasya membuka dan membaca surat tersebut.
Assalamualaikum.....Tasya, anakku, Natasha...
Mungkin ketika ini dirimu, bukan Tasya yang dahulu. Tasya yang kasar. Tasya berpakaian mencolok mata. Tasya yang melawan kata orang tua. Ibu biarkan takdir surat ini di dalam kitab Al-Qur’an ini. Hadiah suatu ketika Tasya menjadi juara tilawah Al-Quran ketika Tasya kecil lagi. Jika surat ini dapat dibaca, ibu bersyukur kerana doa ibu telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Ibu ingin benar melihat Tasya menjadi seorang muslimah. Ibu ingin benar melihat Tasya menjaga batas aurat dan pergaulan rakan. Ibu ingin benar melihat Tasya menjaga suaranya, bersopan-santun, apatah lagi muslimah yang lemah lembut. Jika keinginan ibu ini tercapai, ibu berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah meskipun ibu tidak melihat dengan mata ibu sendiri. Ibu terpaksa pergi, Tasya. Sudah lama benar, ibu menunggumu. Suatu penantian, yang tidak pasti. Beraya berseorangan hampir beberapa tahun. Ramai yang beranggapan, anakku, Tasya sudah mati. Tasya sudah tidak wujud di muka bumi ini. Tanpa khabar berita. Nombor telefon sudah ditukar. Allahuakhbar, di mana sifat kemanusiaan di dalam dirimu, Tasya?
Ibu tetap menyayangimu,Tasya. Engkau adalah anak yang ibu kandungkan dalam rahim ibu. Maafkan ibu. Maafkan ibu jika ketika ini dirimu berasa menyesal.
Daripada,
Ibumu yang sentiasa menantimu sepanjang hayat....
Berjurai air mata Tasya bagaikan tidak henti. Wajah ibunya sentiasa dibayangi dalam mindanya. Perbuatan liarnya dahulu telah membunuhnya. Penyesalan yang tidak akan dibentuk lagi. Nasi telah menjadi bubur. Ibunya telah lama meninggal dunia atas kesakitan tua yang dialami.
(Dipetik daripada novel alam maya portal ilham karangkraf : Ketika Cinta Memanggil karya Farouk Shedeq)
Saturday, 8 July 2017
Teaser BACA. (kesinambungan cerpen Aku Bukan Disleksia)
Sunyi. Kosong.
Mak langsung tidak ambil tahu.
Ayah sibuk dengan kerjanya.
Abang pula sibuk dengan kawan kawan pemain bola.
Aku di mana sekarang?
Hanya permainan buli, dipukul, diejek, dipulau.....
Hina sangatkah aku?
Aku dituduh lambat....
Lambat....
Lambat.....
Atau perkataan kasarnya "Lembab!"
Lembab!
Bodoh!
Mak dan ayah seperti menyesal melahirkanku....
Biarlah aku pergi....
Biarlah aku bawa diri....
Tiada guna aku hidup lagi....
Terima kasih Mak....
Terima kasih Ayah.....
Terima kasih Abang....
Atas Segala - segalanya.......
Selamat Tinggal Semua....
Selamat Tinggal Dunia.....
Subscribe to:
Posts (Atom)