-copy from blog keladionline.com..
Alaasan yang menyebabkan supplier kita tu bosan nak bagi servis tiptop untuk customer kita tu.
Supplier tak cukup barang dan terlalu banyak permintaan/tempahan
Situasi ini memang selalu berlaku, kiranya kebanyakan supplier ni pown ada yang ambil daripada pemborong, kiranya supplier kita ni pun bukannya pengilang, jadi nak ke tidak dia pun bersaing dengan suplier-suplier yang lain untuk dapatkan stok daripada pemborong, so, diorang pun mugkin terpaksa menunggu stok-stok yang diborongnya tu, jadi korang kena bijak lah mengelongkar status suplier korang erk, sebab ini ada kaitan dengan produk yang korang akan jual nanti tau. daripada situasi macam tu kita dah boleh agak lah, barang yang kita jual nanti akan berlaku kelewatan dalam mendapatkan barang tersebut, lagi malang, si pembekal langsung tak hantar barang tu, aiyooo, nak menangis dek non.
Supplier sambil lewa dan kurang dipercayai
Yupsss, hot, hot hot, statement uolls, okay abang keladi tak mau nak buruk-burukkan mana-mana suplier erk, ni cuma situasi yang terikat jer, mana tak kecewa bila dapat jer produk customer asik complain dan terus complain, kalo complain benda yang okay tak apa lah, ni tak, hermmm, yang maksud sambil lewa tu kiranya bila tag msg tu, memang slow giler nak feedback, lepas tu stok asik tak de jer. memang entah lah, nak cakap, tu yang saya kata kat point satu tadi, kebanyakkan supplier ni bukan status pemborong, dia sebenarnya bukan orang tengah, dia pown tunggu lama nak dapatkan barang.
Dalam bisnes konsep ini memang payah, bab-bab nak jaga hati customer ni, sebab barang or produk tu bukan stok kita, kita hanya ada gambar jer, keadaan fizikal produk langsung kita tak tau, hermm sedih dan sedih, menangis tepi bucu katil lah jawabnya. Kita hanya mampu untuk memohon maaf beribu kali tapi kita tak mampu untuk memberi kepuasan terhadap keadaan fizikal barang tersebut.
Aik, tadi abang keladi nak share sikit jer, ni dah berjela pulak share nyer kan, owahhh, tulah namanya si blogger meroyan tak tentu pasal. hello abang keladi meroyan pada benda yang betul tau!". okay adik-adik yang baru bermula tu, jangan lah takut nak menceburi dunia bisnes konsep dropship yang menjanjikan pulangan keuntungan yang berganda ni. sebabnya ada jer supplier yang begitu mementingkan kualiti dan nilai produknya untuk customer, rasa macam tak adil lah kita terus menghukum kan, bayangkan lah kalo kita dapat supplier macam tu, kan best, kirannya, nama kita pun tak tercemar daripada kes-kes yang entah apa-apa gak nyer.
Untuk menyimpulkan bebalan abang keladi ni, sikit jer nak kata, Petua supaya korang tak tertipu dan korang masih dapat selamatkan nama korang sebagai online seller adalah, tolong laburkan sikit duit untuk beli produk yang akan dijual tu. dengan ini selain korang dapat merasai keberkesanan produk tu, korang pown akan tahu, bagaimana perjalanan, penghantaran dan penerimaan produk tu nanti, dan lepas tu mudah lah nanti uolls nak explain or sharing, kiranya, prospek tu akan lebih percaya kat uolls, dan uolls pun tak lah acah-acah berbisnes nanti. memang best tau jadi dropshiper ni. kiranya tengok duit masyuk memang tersenyum lebar ler na
news3- shedeqblogspot.com