Thursday, 16 February 2017

Cik Leng Eh Lap!

Maimunah duduk ke kerusi menunggu pelayan datang untuk mengambil pesanan. Pelayan lelaki datang ke meja keluarga Adit.
    " Nasi ayam, air milo!" Pesan Haikal memandang pelayan tersebut.
     " Mee Hailam satu, air limau. Abang nak makan apa?" Tanya Maimunah kepada suaminya, Zulkifli.
      "Char koey teow, Kopi O" pesan Zulkifli.
      "Adik nak makan apa?" Tanya Maimunah kepada anak bongsunya, Adit.
      " Nak Cik Leng Eh Lap" jawab Adit.
      " Cik Leng Eh Lap?" Tanya pelayan lelaki itu. Dia menggaru kepalanya.
      "Adik cakaplah betul betul. Makan apa? Minum apa?" Tanya Maimunah sekali lagi.
      " Utul, mak. Nak Cik Leng Eh Lap," jawab Adit lagi.
      " Nasi goreng, Air sirap kot," Kata Haikal yang berjaya menduga sebutan perkataan yang disebut oleh adiknya itu.
      "Ok. Itu sahaja," Pelayan itu selesai mencatat pesanan yang telah diambil. Maimunah mengangguk kepalanya. Lepas itu, pelayan beredar dari situ.
     "Ish, adik ni, lain kali, sebutlah betul betul,"marah Maimunah.
     " Jangan marah adik. Dia kecil lagi. Tak tahu apa apa ," Zulkifli memanjakan anak bongsunya, Adit.

No comments:

Post a Comment