Monday, 22 May 2017

7 sebab mengapa kita perlu kaya dan berjaya?

Tujuh sebab mengapa kita perlu kaya dan berjaya? Mohon baca ye? Semoga pos ini bermanfaat.

1. Bila ibu bapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat dan impian mereka? Tergamakkah kita berkata, "Aku pun takde duit"

2. Bila ibu bapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka? Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

3. Bila ibu bapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil-bil klinik, hospital dan kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta-minta dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahamikah keadaan mereka? Tergamakkah kita berkata, "Aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

4. Bila ibu bapa anda bersedih kesunyian, tiada anak-anak datang menjenguk, siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibu bapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tidak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi. Tergamakkah kita berkata, "Aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

5. Bila ibu bapa anda ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Menatap wajah ibu bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan? Tergamakkah kita berkata, "Aku bukan tak nak balik tengok mak bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila ibu bapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibu bapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu dan ayah? Benarlah, ibu bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu dan ayah. Tergamakkah kita berkata, "Aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila ibu bapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan? Ketahuilah, walauapapun yang kita lakukan untuk ibu bapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu, setitik keringat ayah, apakah nilainya pada kita? Lupakah kita bagaimana ibu bapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama-sama? Sedarlah saudara saudari, berkhidmatlah untuk kedua ibu bapa kita sementara mereka masih hidup. Sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibu bapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita.

Buktikan! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal, TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR-BENAR NAK TENGOK KITA BERJAYA, mereka IBUBAPA kita!

Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI..

Semoga Allah merahmati mereka dan kita semua. Amiin Ya Rabbal A'lamiin.

#copyandpaste
#news-shedeqblog
#sharingiscaring

No comments:

Post a Comment